Personal Class Elan – Cara Membuat Resit dan Invois

4 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

3 Mei 2024 – NADI Linggi telah mengadakan personal class kepada Elan iaitu Kelas Cara Membuat Resit dan Invois. Peserta merupakan usahawan pemandu bas pelancongan dengan membawa pelanggannya ke merata tempat di seluruh Malaysia.

Peserta juga tidak mahir menggunakan komputer untuk membuat Resit dan Invois untuk dibagi kepada pelanggan. Petugas NADI Linggi telah mengajar kepada peserta cara lebih mudah untuknya membuat resit dan invois dengan hanya mengguna Microsoft Word.

Peserta mempelajari selok belok tools yang ada di dalam Microsoft Word seperti cara muatnaik logo syarikat, cara membuat table serta cara menyimpan dokumen di dalam format word dan format PDF dengan mudah.

Terima kasih buat peserta kerana mempercayai petugas NADI Linggi untuk mengajar dan semoga ilmu yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali